Friday 29 January 2016

Ekspedisi ke Gunung Pulai dan Gunung Baling

Hai.

Sejak kebelakangan ni nama Gunung Baling dan Gunung Pulai memang terkenal di kalangan pendaki-pendaki.

Walaupun ketinggian kedua-dua Gunung ini lebih kurang 400m sahaja, tapi pemandangan gunung ni memang terbaik.

Ramai lah budak-budak hikers post gambar di Gunung Baling & Pulai, maka hati aku ini pun sedikit tercabar. So, suatu hari tu (asal macam skema je ayat aku ni) ada orang create event untuk Gunung Baling dan Pulai. Aku, tanpa melengahkan masa terus klik join event, contact go-go dan buat payment.

Time ni aku sorang-sorang. Takde kenal sape-sape ok. Lepas buat payment semua, aku dijodohkan oleh go-go untuk carpool dengan 3 orang jejaka lagi. 

Fuhh. Masa dalam kereta masa nak ke Baling memang krik-krik je semua. 

OK. Sambung cite. Trip ni berlaku pada 9 dan 10 Januari (Sabtu dan Ahad). Kami bertolak Jumaat malam. Dari KL terus ke Baling melalui Lebuhraya Utara Selatan dan keluar tol Kuala Kangsar. 

Tolak sesat, berhenti isi minyak, pegi toilet, total perjalanan mengambil masa lebih kurang 7-8 jam jugak lah.

Kitorang berkumpul di Masjid Baling. Selepas Subuh, terus bergerak ke kaki Gunung Baling. 

Gunung Baling ni kan, walaupun tinggi tak sampai 500m, tapi track dia pacak dari bawah sampai atas. Takde manja-manja lah. Memang mental jugak. Naik punya naik, sampai di atas, manusia ya ampun, macam pasar malam. Ramai umat.

Tapi view, memang superb. 360 degree. Masa aku dengan kawan-kawan yang lain sampai, memang ngam-ngam sunrise. Memang layan habis la. Angin pulak kuat. Terbaik.

Cantik kan. Ditambah pulak ada awek tudung merah. Penyeri gituhh.


Lepas tu memang bergambar dan lepak la kat atas puncak tu. Dapat tambah kenalan baru pulak. Ni salah satu sebab aku suka hiking. Dapat kenal ramai orang.


My bodyguard




Dapat kenal dengan dua awek ni.





Cantik kan.

Selepas puas lepak-lepak kat puncak, kitorang bergerak turun. Memandangkan kunci homestay belum dapat kitorang decide untuk pergi mandi di Lata Bayu tak jauh dari Baling. Lebih kurang 20-30 minit perjalanan.

Aku dan 2 orang awek lagi mandi di toilet Lata Bayu je. Meanwhile jejaka-jejaka mandi di air terjun.

Then, balik homestay, lunch dan tidur. Petang bangun tidur, keluar cari makan. Dapat pekena laksa dan ABC. Menang sedap dan murah. Laksa dan ABC tak sampai RM5!

Hari kedua. Hari last. Hari untuk mendaki Gunung Pulai. Gunung ni track nye orang cakap macam Bukit Tabur. Tapi seriously, aku belum pernah sampai ke Bukit Tabur. Kesian kan.

Track dia berbatu, ada kena buat sedikit aksi-aksi rock climbing. Mental jugak lah walaupung tak tinggi. Bayangkan, kau boleh nampak puncak tapi korang masih kena hadap track berbatu tajam dan tak stabil. 

Pokok-pokok jugak tak banyak sepanjang track. Yang ada hanya pokok-pokok renek. So sedikit panas la. Cuma angin sepoi-sepoi bahasa boleh lah hilangkan panas tersebut.

Diringkaskan cerita, view kat pun sama macam Gunung Baling tadi. 360 darjah. Angin kuat. Pasang hammock memang sedap.


Cantik kan kan kan...


First time hiking kat negeri sendiri


Meet my new friends

Ada aksi-aksi rock climbing sikit



Gayat nak arwah ni. Silap sikit jatuh tak sempat mengucap la korang.

Kitorang lunch kat puncak ni sambil layan view cantik dan angin sepoi-sepoi bahasa. Nikmat apa lagi korang nak?...hehe

Dan perjalanan turun pulak. Memang hazab sementara nak sampai bawah. Sedap kejap je kan tadi. Masa dalam perjalanan turun, dalam kepala dah fikir nak makan macam-macam. Laicikang, ABC, bihun sup. Ape lagi.

Maka sampai je bawah, terus start kereta pergi ke gerai bihun sup kat tepi jalan. Bihun sup paling sedap dan nikmat. Ditambah dengan Cendol sejuk. Perghhh. Nikmat apa lagi korang nak (ulang ayat atas)...hehehe.

Pada hari ni jugak kitorang bertolak pulang ke KL sekitar pukul 3.30pm.

Tiba di KL sekitar 8.30 malam. Singgah dinner di SS2 Murni. 

Selepas tu semua bersurai ke rumah masing-masing.

Apa kesimpulan dari cerita membebel kat atas ni. 

1. Hiking dapat menambah kenalan baru dari luar latar belakang yang berlainan. Maka dapat berkongsi banyak cerita.

2. Hiking mengajar kita mengenal diri kita sendiri, limit mental dan fizikal kita, kekuatan. Pada masa yang sama dapat mengenal kawan-kawan dengan lebih rapat. Sama-sama susah. Sama-sama penat. You can see their true color.

3. Hiking dapat mengajar kita menghargai apa yang kita ada sekarang di rumah. Didalam hutan semua serba kekurangan. Mengajar kita untuk survive dikala susah.

4. Hiking mengajar kita menghargai flora dan fauna dan menikmati alam ciptaan Tuhan yang indah.

Apa lagi....

OK lah. Penat menaip. Bye.

*baru lepas main netball. my team won!*







No comments:

Post a Comment