Thursday 9 April 2015

Ekspedisi ke Gunung Datuk.

Hai. Entri kali ini aku nak share pasal Ekspedisi ke Gunung Datuk. Mula-mula kita kenal serba sedikit pasal Gunung Datuk nie ye. 



Gunung Datuk adalah puncak tertinggi di daerah Rembau dengan ketinggian melebihi 2,900 kaki. Jenis trek adalah tanah bukit, akar dan batu. Boleh dikategorikan sebagai medium- easy trek. Masa naik lebih kurang 2 jam dan turun mengambil masa lebih kurang 1 jam bergantung kepada individu. kalau yang pewai sepanjang jalan, lambat lah sikit ye. Keistimewaan Gunung Datuk ini adalah pemandangan Selat Melaka jika cuaca cerah, tapak kaki Hang Tuah dan juga base camp.




OK. berbalik kepada ekspedisi aku tadi, info adalah seperti berikut (rasa skema pulak...)




Tarikh: 5 April 2015

Masa: 4.30am
Lokasi: Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan.
Peserta: Aku, Abang Chor, Kak Ita, Intan, Qila, Kak Ilah, Asuat, Ujang, Amirul, Amira, Zatul & Husband Zatul, Gman, Ecah, Kak Maria dan 3 orang budak RTM.



Pada pukul 12.30 pagi, aku, Abang Chor, Kak Ita, Intan, Qila, Ujang, Amirul, Amira, Gman, Ecah dan 3 orang budak RTM berkumpul di hadapan office kat Petaling Jaya. Yang selebihnya kitorang jumpa kat R&R Seremban (Asuat), Tol Pedas Linggi (Kak Ilah, Ecah & Kak Maria) dan Petronas Rembau (Zatul & Husband)




Lepas dah cukup semua orang, singgah mamak dulu, ngeteh sampai pukul 4 pagi. Kemudian kami bergerak ke Lata Gunung Datuk dan mula ekspedisi kami pada pukul 4.30 pagi (lebih kurang). 


Baru nak gerak

Perjalanan kami hanya berpandukan headlight masing-masing sahaja. Bagi aku, ekspedisi malam ni best sebab tak nampak trek yag bakal dilalui di hadapan. Kalu pacak pun tak nampak. Cuma boleh rasa je tahap kesusahannya. So, kurang la sikit rasa mental tu.



Kali ni abang Chor selaku guide kitorang jalan pakai gear 2 je memandangkan ada yang pewai dan newbies (aku pun newbie. Panjat busut je sebelum ni). Banyak kali jugak la kitorang stop untuk tunggu group yang belakang.




Kitorang terpaksa menunaikan solat Subuh kat sepanjang trek memandangkan kitorang tak sempat sampai sebelum subuh habis. Selepas tunaikan solat Subuh, abang Chor, aku dan sorang budak RTM ni gerak dulu naik puncak sebab nak prepare breakfast untuk yang lain. (prepare la sangat kan. Aku spectator dari jauh je. Hikhikhik). 




Jalan punya jalan punya jalan, sampai la ke puncak. Satu kelegaan yang amat yang hanya dapat dirasai oleh yang mengalami. Cewahhh. Hiperbola sangat. 




Nak tengok pemandangan kena panjat batu besar pulak. Sapa yang takut dengan ketinggian tu memang kesian lah. Aku kali nie dah rilex sikit panjat tangga macam tu. first time panjat tangga masa naik Bukit Kutu dulu. Memang menggigil habis. Berbalik kepada Gunung Datuk, masa panjat batu yang paling tinggi tu kena berhati-hati sikit sebab sebelah kanan tu gaung.


Tangga ke batu pertama


Tangga ke batu yang kedua / puncak

Selebihnya, bergambar kat atas batu dan menikmati pemandangan dan udara segar di puncak yang memang tak akan dapat di KL.





 Our family potrait













Bergambar di puncak


Santai-santai semasa dalam perjalanan turun dari puncak.


Pokok besar.

Kitorang tiba di puncak sekitar pukul 2.30 petang. Dekat Lata Gunung Datuk ni ada disediakan bilik mandi dan tandas. So, sape-sape yang nak mandi, boleh la. Air paip kat tandas dan shower memang sejuk. Terasa segar badan setelah berpeluh sakan tadi.

Last sekali, kitorang bertolak balik. Aku, kak Ita, kak Ila terus hantar kak Ila ke rumah dia di Seremban. Yang lain-lain, singgah makan di restran berdekatan.

OK. Setakat itu sahaja.

END.


"Nan senteng dilabuhkan,
Nan panjang dikeratkan,
Nan rumping disisipkan."