Tuesday 22 September 2015

Gigi Geraham Bongsu - Sebuah Cerita Adik Bongsu yang Manja (Part 1)

Hai.

Assalamu'alaikum.

Alkisahnya, pagi tadi lepas gosok gigi, aku akan flos gigi. Flos gigi tersangkut kat simen yang tampal gigi yang berlubang. Maka tertanggallah tampalan pada gigi aku.

Maka aku bergegas ke klinik gigi. Cuak jugak la bila ada lubang besar kat gigi geraham. Mulanya, aku plan nak pergi klinik Kerajaan je. Aku ke Klinik Kesihatan Kelana Jaya. Pergi kat kaunter, kaunter cakap registration untuk pergigian start pukul 1 petang. Masa tu baru pukul 9.30am. Jadi aku terpaksa tunggu almost 4 jam. Gila ke apa.

Lepas fikir-fikir panjang, aku buat keputusan untuk pergi ke klinik swasta. Mahal pun mahal lah. Asalkan tak payah menunggu. Aku paling kurang sabar kalu bab nak menunggu. Time is money hokeihh.

Jadi, aku Google lah klinik gigi di kawasan Petaling Jaya. Klinik Pergigian Saidah di Seksyen 14, belakang Masjid Bulat, sebaris dengan Bank Islam. Aku pilih nak try klinik ni sebab niat nak tolong saudara seagama kan. 

OK la klinik ni bagi aku. Doktor yang rawat aku ni doktor Muslimah. Selesa la bila doktor perempuan yang rawat. Bercakap pasal Muslimah, teringat pasal Salon Rambut Muslimah kat Shah Alam. Nanti aku post pasal Salon ni.

Doktor ni check gigi aku yang berlubang tu. Then dia realize yang aku ada gigi bongsu. Dah dewasa dah aku ni. Aku sedar gigi ni tumbuh 2 tahun lepas. Masa tu rasa tak selesa sikit. Gusi sakit sikit. 

Doktor X-Ray gigi aku. Nah. Gigi bongsu aku tumbuh horizontally. Sigh.

Ni gambar dari Google. Tapi gigi bongsu aku memang berkedudukan macam ni masa x-ray

Doktor cakap gigi aku ni kena cabut. Untuk avoid masalah in the future yang mana kos rawatan akan jadi lebih tinggi. Gigi bongsu ni menyebabkan sisa makanan terkumpul dan payah nak cuci sebab di hujung. 

Selain tu, gigi bongsu aku ni dia menolak gigi geraham sebelahnya kerana perlukan ruang untuk tumbuh. Maka, semua gigi aku akan bergerak sedikit dari kedudukan asal. Patut la aku perasan kedudukan gigi aku macam bertindih sikit berbanding gigi atas. Bersepah je aku nengok.

Doktor pun teruskan lah kerja dia. Remove karang gigi kat celah gigi aku, tampal gigi aku sambil mulut dia tak berhenti bercerita, bagi tips and consultation.

Untuk cabut gigi bongsu ni, doktor suggest aku pergi cabut dia PPUM. Free of Charge. Cuma perlu make appointment and spare more time. Tengok lah macam mana doktor. Lepas Raya Haji nanti aku akan buat appointment.

Dalam setengah jam. Selesai. Total cost tampal, x-ray, consultation, buang karang and ape lagi tah adalah RM300. Nasib baik bawak duit cukup.

OK lah RM300. Selepas lebih kurang 8 tahun tak jumpa doktor gigi kan...

Aku akan sambung cerita pasal adik bongsu yang manja ni selepas appointment dengan PPUM.

Ni aku share Article from Website

*macam takde isi je cite kat atas*








Wednesday 16 September 2015

Trip Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu

Hai. Assalamu'alaikum.

Sungai Chiling. Sebelum ni aku tak pernah dengar pun nama tempat ni. Tapi entah macam mana, satu hari ada kawan kat tempat kerja ajak pergi Sungai Chiling. Me was like, why not, daripada mereput meroyan kat rumah, baik buat something. Gichuuu la kisahnya.

Hari Sabtu, 7 Mac 2015, aku dan kawan-kawan office pergi ke Sungai Chiling. Well, aku tak banyak kawan kat KL ni. So apa-apa aktiviti, dengan kawan-kawan office je la. Ok la, semua kepala boleh masuk.

So, bertolak dari office kat PJ. Perjalanan dari PJ ke Sungai Chiling memakan masa lebih kurang 2 jam. Letih jugak la jadi driver bila jalan bengkang bengkok, naik bukit sikit. Jalan nak ke Sungai Chiling ni sama macam nak ke Bukit Kutu.

Paling best for me sepanjang perjalanan tu adalah view kat empangan (tak ingat nama apa). He He.
Gunung ganang, bukit bukau, empangan yang luas, langit biru. Breathtaking. SubhanAllah.








Stop kejap bergambar kat sini.

Kemudian, perjalanan diteruskan sampai ke entrance Sungai Chiling. Semua kereta parking di bahu jalan sahaja. Kena jalan kaki masuk ke dalam lebih kurang 300m. Laluan dalam keadaan ok. 

Pakai sandal pun dah ok. Tak perlu hiking boot bagai. Aku pakai selipar Ipanema je. (Tapi siap bekap hiking boot, just in case)

Kiri-kanan laluan terdapat pokok-pokok dan semak samun.





Jalan punya jalan punya jalan, sampai la ke tempat yang ditujui.

Taraaa...

Ni baru sampai kat depan kat tempat registration kaunter. Kena register nama, kena kira berapa bijik botol air yang bawak masuk. So that takde yang tinggal botol air kat air terjun nanti.









Set up tent untuk simpan barang-barang untuk BBQ.





Perjalanan ke air terjun pun bermula. Trek kat sini santai-santai je. Takde hardcore macam naik gunung. Rugi aku bawak hiking boot. Buat berat beg.




Untuk sampai ke air terjun, kena merentasi 4 -5 anak sungai. Kedalam anak sungai tu paling maximum level pinggul, untuk ketinggian aku yang 157cm.




   


  
    
 

 


Sampai kat air terjun ni, kitorang lepak-lepak, main dengan ikan, tengok orang terjun tiruk level atlet Olimpik, main air puas-puas sampai kecut.

Ikan-ikan kat sini sangat jinak ok. Jinak-jinak ikan gitu. Nak tangkap memang tak dapat lah. 

Untuk pengetahuan anda, anda dilarang sama sekali untuk menangkap ikan-ikan kat sini. Karang kena denda. Bukan sikit-sikit kena denda ye. Nak bayar denda speed trap pon dah gigil-gigil poket kan. Denda tangkap ikan kat sini lagi mahal wokeehhhh. Ribu riban.

Ok. Berbalik kepada trip kali ini, lepas puas lepak kat air terjun, kitorang turun ke base camp untuk BBQ ayam & kambing. 

Power gile pekena kambing bakar sambil main air yang sejuk.




 
  
 
  
 Then sambung mandi lagi, sambung makan, sambung mandi dan seterusnya.


 Aku surrender awal. Tak tahan sejuk. Jadi pemerhati di tepi ajorkkksss.



OK. Lepas puas mandi-mandi, kitorang start mengemas. Langit pun dah gelap, ada tanda-tanda hujan nak turun.

Oh, lagi satu, kat sini ada disediakan tempat salin baju, tempat mandi, dan surau. Tapi jangan expect 5 stars punya ye. Pandai-pandai la nak hidup.





  


Stop bergambar lagi. Time ni tak semua yang stop bergambar. So ada yang takde dalam frame.



OK.

Kemudian singgah makan-makan di restoran di Kuala Kubu Bharu sebelum masing-masing bersurai pulang ke rumah.

Setakat itu trip ke Sungai Chiling.

Thanks for reading.

END.

 "Sesungguhnya pada kejadian semua langit dan bumi dan perubahan malam dan siang d an kapal yang berlayar di lautan membawa barang yang bermanfaat bagi manusia, dan apa yang diturunkan Allah dari langit dari ada air, maka dihidupkanNya dengan (air) itu bumi, sesudah matinya , seraya disebarkanNya padanya dari tiap-tiap jenis binatang, dan peredaran angin, dan awan yang diperintah di antara langit dan bumi; adalah semua­nya itu tanda-tanda bagi kaum yang berakal."

(surah al-Baqarah Ayat 164)
















Friday 11 September 2015

Ekspedisi Mendaki Gunung Berembun, Cameron Highland

Assalamualaikum...
Post kali ini aku nak bercerita tentang Ekspedisi ke Gunung Berembun, Cameron Highland.
Ekspedisi ini berlaku pada 15, 16 dan 17 May 2015 yang lalu. Sebelum tu ingin aku bercerita serba sedikit tentang Gunung Berembun nie.

Lokasi: Hutan Lipur Sg. Pauh, Cameron Highlands
Ketinggian: 6,036 ft / 1,840 m 
Jenis trek: Akar kayu, tanah yang diselaputi daun-daun kering
Tahap kesukaran: 2.5 dari 5.

Hari pertama (15 May 2015)

- Berkumpul di depan Minco pada pukul 10 malam. Tapi aku lewat 45min sebab tertidur punya pasal. terjaga dari tidur pukul 9.45malam. Kelam kabut bangun. Dah la makan belum, solat belum, baju & barang-barang satu benda pun belum packing. Maaf semua. Sampai je depan office (tempat berkumpul) semua orang dah siap sedia. Hehehe. Selesai semua pindah barang-barang masuk dalam bonet kereta, kami pun bergerak sekitar pukul 11 malam.

- Sepanjang perjalanan dari PJ ke Simpang Pulai aku yang drive. Waktu ni kurang yakin nak bagi co-driver drive. Aku cerewet sikit dengan cara orang lain drive kereta aku. Tapi lepas R&R Simpang Pulai, dah nak start mendaki naik Cameron, aku bagi co-driver aku drive. OK r. Aku berpuas hati. Lepas ni boleh drive lagi.

Hari kedua (16 May 2015)

- OK. berbalik kepada cerita tadi, kitorang sampai di Cameron sekitar pukul 4.00 pagi. Singgah berehat sekejap di Masjid.... (tak ingat nama masjid) Hehehe. Tidur dalam kereta sampai lah orang azan Subuh. Lepas solat Subuh, aku mandi. Perghh sejuk tahap nak cramp kepala. Aku memang jenis kena mandi selepas bangun pagi, so sejuk tak sejuk, aku blasah je.


- Then, bertolak ke Camp Site Sg. Pauh, tempat dimana kami aku tido malam nanti. Masa sampai, campsite dah penuh dengan group lain, Kami terpaksa pacak khemah kat tepi-tepi je. Kesian. Ada dua khemah (khemah aku, Kak Ita, Qila and Gina & khemah Ujang & cik Man) kena pacak kat atas sikit. OK la tu. Lepas tu pergi makan nasi lemak berdekatan dengan ladang strawberry. Dekat jugak dengan Camp site kami. Sedap baq hang nasik lemak tu ditambah pulak dengan lapar tahap gajah punya.

Makcik, nasik lemak makcik sedap sangat tau. Rasa macam nak mintak tambah.

Nasik lemak + Teh O

Ni je la yang kami mampu dapat

Khemah group lain


Tengah nak pasang khemah


- Selesai pasang khemah, kami berkemas-kemas untuk mendaki. Waktu ni takut jugak lah, baru lepas makan nasik lemak then terus mendaki, kang teruwekkk masa tengah hiking, sapa yang susah. Tapi nasib baik okay.

Taklimat sebelum start mendaki

Abang Pejai & Abang G-man


Ni nak stretching sikit.







Perempuan ni antara yang terawal sampai peak. Power gile. Siap boleh lari-lari (Poyo sikit)


Group photo time!

 More group photo!







Nak buat Pull Up tapi tak cukup power



Turun dari Gunung Berembun, keluar ikut MARDI AGro Technology Park. 

Then, balik campsite. Lunch. Tido kejap, Malam pergi pasar malam Brinchang. Buat BBQ. Main gitar. Nyanyi sampai tertido. Tido dalam Hammock kt luar. Sejuk tahap nak kejang. Bangun pagi sakit belakang.

Hari Ketiga (17 May 2015) - Last Day

Bangun pagi esoknya, ready for breakfast. Mee goreng and roti bakar and roasted marshmallow.

Abang G-Man





View kat campsite Sg. Pauh

Lepas selesai breakfast, kemas tapak khemah, gerak ke Gunung Brinchang by Car. Tak panjat-panjat dah. Letih.

Jalan kaki naik puncak Brinchang.
View dari menara tinjau Gunung Brinchang







Kaki Gunung Irau. Second time here.






Stop kejap kat ladang teh. Bergambar. 

Tapi waktu ni aku dah lemau. Nak demam, terkejut sebab tido atas hammock & sejuk. Pwincess sangat, Cinderella.

Masa nak turun dari atas kaki gunungtu, ada berlaku sikit tragedi. Pergeseran antara kereta kawan aku, dengan kereta orang yang nak naik atas. 

Diorang terpaksa naik balik kejar kereta tu. Yang lain-lain tunggu kat tepi ladang teh ni.

Kalau nak drive sini, kena berhati-hati. Jalan sempit, bengkang-bengkok and gaung kat tepi.

Kena betul-betul cekap driving. Kalu macam aku, memang tolak awal-awal lah. Mati anak orang kang.

OK.

After that, turun bawah. Shopping buah-buah, bunga, jagung etc. Aku tengok je. Biasa la orang bujang. Beli banyak-banyak pun sapa nak makan kan. Buah ada orang potong baru makan. Bunga...alamat mati kering tak bersiram. He he he. (Teringin nak tanam bunga jugak actually). Tunggu dah kawin nanti la.

Melalut pulak.

Last sekali kitorang gerak balik KL.

Berpisah dengan carpool mate.

Till we meet again next time.

"Sehari bersama, seabad terasa"