Thursday 12 November 2015

Ekspedisi Trans CBL (Chemerong, Berembun, Lansir) 2015

Assalamu'alaikum.

Fuh. Ini cerita masih panas. Dah tak panas. Lama sangat Draft. Ekspedisi menakluki Gunung Chemerong, Gunung Berembun dan Lata Lansir.

Tarikh kejadian: 9 - 11 Oktober 2015 (Jumaat - Ahad)

Lokasi kejadian: LRT Gombak, Lata Chemerong, Gunung Chemerong, Gunung Berembun dan Lata Lansit.

Jumlah peserta: 50 orang. Ramai gilos tahap boleh buat kenduri. Tapi ape-ape pun memang happening


8 Oktober 2015 (Khamis)

Berkumpul di Stesen LRT Gombak pada pukul 10 malam.

Bas sampai sekitar pukul 11.30 malam. Janji sampai pukul 10 (biasa la janji Melayu). kitorang chill-chill je, Kaki gunung memang cool memanjang.

Naik bas sekolah. Geng bas sekolah la kitorang.


9 Oktober 2015 (Jumaat)

Bas ada problem bateri masa dekat nak mendaki ke Lata Chemerong. Stop kejap almost 15minit je.

Sampai di Lata Chemerong, Dungun Terengganu sekitar pukul 6.30 pagi.

Terus cuci muka, solat Subuh, salin baju, breakfast.

Sambil-sambil tu sempat la lepak dengan budak-budak gunung yang lain, berkenal-kenalan, tengok abang-abang SOS prepare lunchpack dan kemas-kemas beg yang besar macam peti ais. Apa-apa barang yang tak perlu memang tinggal kat bawah la.

Taklimat dari Abang Jejai

Abang-abang SOS tengah prepare lunch pack. Aku tiba-tiba jadi assistant abang Jejai.




Sekitar 11 pagi, selepas dengar briefing dari abang Jejai and the geng dan warm-up, kitorang start mendaki.

Nervous aku nokksss. First time nak pikul beg 60L sambil naik gunung ni.

Jalan punya jalan, daki punya daki, kitorang rehat kat Air Terjun Chemerong. Subhanallah. Cantik dan tinggi sangat. Sempat lah bergambar kat situ banyak-banyak.








Daki punya daki. Stop lunch and solat Jamak Zohor and Asar. Sambung daki lagi. Nak dijadikan cerita, lebih kurang pukul 6 selepas Taman Bonsai, aku dengan 2 orang laki brader, dah lupa sapa sebab suasana pun dah gelap tak nampak muka masing-masing. 

Kitorang terputus dengan group depan dan group belakang. Group depan dah jauh ke depan (dah sampai maybe). Ada satu tempat tu, kitorang confuse nak kena cross anak sungai or nak jalan ikut track.
Ingatkan dah sesat. Kitorang duduk rehat dulu tepi sungai (lagipun time tu dah maghrib) memang tak elok berjalan.

Tunggu lebih kurang 30 minit, group belakang pun sampai situ. Kiranya tak sesat la. Fuh. Nasib baik. 

Sebelum tu kitorang berkira-kira ration apa yang kitorang ada. Nak berkhemah and camping kat situ je.

Perjalanan pun diteruskan. Rupa-rupanya dah dekat je dengan campsite kitorang. Ciss. Lebih kurang 30 minit je berjalan. 


Sepanjang pendakian tu, kitorang jumpa Bukit Taubat. Memang pacak la. Nama Bukit Taubat sebab lepas naik Bukit Taubat ni, orang akan bertaubat tak nak naik lagi. Tapi Alhamdulillah, aku tak bertaubat lagi. Nak naik lagi.

Ada Taman Bonzai jugak. Boleh imagine, Taman Bonzai di atas gunung. SubhanAllah. Tak pernah terbayang pun sebelum ni. Takde gambar pulak kat Taman Bonzai ni.

Nak cerita benda yang best sepanjang perjalan ni memang banyak. Nak tau kena naik sendiri. Masa tu jugak korang akan tau betapa kentalnya korang.

OK. Sambung cerita. Group aku sampai ke Campsite Lata Lansir hampir pukul 8 malam kot.

Lega sangat. Terus aku ambik port baring je. Lapar pun ye jugak tapi dinner belum siap sebab lebihan ration ada pada group yg belakang, belum sampai.

Waktu macam ni baru lah sedar betapa pentingnya makanan dan baru tau menghargai. Kulit roti yang last tu aku boleh telan. Roti Massimo kosong pun boleh makan. Sebijik pisang pun namapak sangat berharga.

Oh ya. Baru teringat, Air untuk minum tak jadi masalah sebab sepanjang pendakian akan terjumpa 3 4 anak sungai. Air memang bersih dan jernih. Sediakan botol je.

Group last sampai pukul 10.30 malam kalau tak silap. Time tu memang hujan lebat. Kitorang berkumpul bawah flysheet reramai je. Ground sheet pulak ada yang kecik je sebab yang besar ada pada group last sampai.

Walaupun sukar keadaan time tu, tapi best sebab bukan selalu nak rasa benda ni kan.

Hari pertama berakhir dengan ketibaan group last, dinner yang simple dan sedap dan tidur ramai-ramai bawah flysheet dalam sleeping mat. Memori.



10 Oktober 2015 (Sabtu)

Hari ni kitorang rest-rest kat Lata Lansir je. Main air sampai lebam, kecut, kembang, terbakar dek matahari semua ada la.

Ada yang pergi tengok sunrise la, berak dalam semak la, tolong abang Kay masak la (Baca: tolong makan sekali) dan lain-lain lagi.

Tapi serious best gila wehh camping macam ni walaupun hidup serba kekurangan. Takde tilam empuk, bantal gebu, bilik air & toilet. 

Bila hidup dalam hutan ni lah baru kita dapat rasa betapa nikmatnya hidup kita sekarang kat kotaraya KL walaupun GST, Tol, Najib etc.

Top view rumah kitorang


Ni dapur kitorang serta tukang-tukang masak sekali


View rumah dari angle lain 

Dapur tepi air terjun. Kau hadooo? Free flow water facilities.

Bilik kitorang. Eh sapa tersesat tu.

Tidur berjemaah

 

 OK. Nak dijadikan cerita, bangun pagi, gosok gigi, breakfast, aku terus terkam air terjun je. Hantu air ni walaupun taktau berenang.

Best sangatttt.


 
Time ni air dah berkeladak sikit sebab ramai yang terjun tiruk. 




Air terjun tepi dapur


Boleh water massage. Boleh tiruk dalam telaga tu jugak.

Nice view


Betul-betul kat Lata Lansir. Boleh tengok sunrise kat sini.


 Same location as above

Tu je la kot untuk hari kedua. Kalau nak cerita memang takkan habis. Yang penting kena pergi sendiri dan rasai nikmatnya berada dalam hutan.



10 Oktober 2015 (Sabtu)

Gerak turun. 

Bangun pagi, makan, berak, main-main air kejap, kemas khemah and campsite dan start gerak pulang.

Sempat singgah ke Lata Lansir untuk bergambar beramai-ramai.




Actually time ni aku dah pewai sangat. Pewai sebab rasa tak sihat. Pening & berangin. Gagah je jalan sampai Sungai Bangan. Sempat berbaring atas batu kat situ. Sementara yang lain-lain ambik kesempatan untuk terjun tiruk kat sungai tu. Tapi serius memang cantik.




Kat area Sungai Bangan ni banyak video. Susah nak upload. Dan sudah semestinya gambar aku tiada dalam sungai ini memandangkan aku tidak pandai berenang. Hehe.

Disambungkan cerita, group aku tertinggal kat belakang memandangkan ada sorang hiker ni tak sihat. Jalan slow lah. Aku pun slow jugak. Tapi lepas kena urut and proper stretching, rasa sihat pulak. Pelik.

Jalan punya jalan, team aku paling last sampai bawah. Sampai around pukul 9 malam. Pengalaman berjalan tengah hutan waktu malam. Memang priceless. Macam-macam perasaan ada. 

Ditambah pulak dengan kaki yang teramat sakit sebab terlalu lama berjalan. Rasa time tu aku bukan berjalan dengan kaki, tapi dengan semangat je. Seriously.

Saat-saat macam tu lah baru kita kenal siapa diri kita yang sebenar. Kekuatan kita yang kita tidak pernah sedar kita ada.

Sampai kat kaki gunung terus mandi, kemas-kemas barang dan gerak naik bas. Sepanjang perjalanan dari Besut ke Gombak aku tidur. Believe it or not. Tidur mati. Memang letih tak tau nak cakap la tu.

OK lah. Penat nak menaip. Kiranya sampai sini je lah kisah hiking Trans CBL aku.

Lepas ni memang aku nak repeat lagi. Bersama dengan ilmu berenang. Geram wehh tengok orang tiruk.

OK.

See you again CBL.

Lots of Love.

XOXO








3 comments:



  1. Merrimack Valley Dental Clinic offers restorative dentistry for child and adult patients. we offer dental services like dental implants, Invisalign, dental crown, emergency dentistry, tooth implants, cosmetic dentistry, and other dental services for your family.
    if you are looking for a dentist near Bridge Street Dracut then stop searching and contact us now.

    Dracut dentist

    ReplyDelete

  2. Affordable dental care offers restorative dentistry for child and adult patients. we offer dental services like dental implants, Invisalign, dental crown, emergency dentistry, tooth implants, cosmetic dentistry, and other dental services for your family.
    if you are looking for a dentist near dracut then stop searching and contact us now.
    Dracut dentist

    ReplyDelete