Wednesday, 16 September 2015

Trip Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu

Hai. Assalamu'alaikum.

Sungai Chiling. Sebelum ni aku tak pernah dengar pun nama tempat ni. Tapi entah macam mana, satu hari ada kawan kat tempat kerja ajak pergi Sungai Chiling. Me was like, why not, daripada mereput meroyan kat rumah, baik buat something. Gichuuu la kisahnya.

Hari Sabtu, 7 Mac 2015, aku dan kawan-kawan office pergi ke Sungai Chiling. Well, aku tak banyak kawan kat KL ni. So apa-apa aktiviti, dengan kawan-kawan office je la. Ok la, semua kepala boleh masuk.

So, bertolak dari office kat PJ. Perjalanan dari PJ ke Sungai Chiling memakan masa lebih kurang 2 jam. Letih jugak la jadi driver bila jalan bengkang bengkok, naik bukit sikit. Jalan nak ke Sungai Chiling ni sama macam nak ke Bukit Kutu.

Paling best for me sepanjang perjalanan tu adalah view kat empangan (tak ingat nama apa). He He.
Gunung ganang, bukit bukau, empangan yang luas, langit biru. Breathtaking. SubhanAllah.








Stop kejap bergambar kat sini.

Kemudian, perjalanan diteruskan sampai ke entrance Sungai Chiling. Semua kereta parking di bahu jalan sahaja. Kena jalan kaki masuk ke dalam lebih kurang 300m. Laluan dalam keadaan ok. 

Pakai sandal pun dah ok. Tak perlu hiking boot bagai. Aku pakai selipar Ipanema je. (Tapi siap bekap hiking boot, just in case)

Kiri-kanan laluan terdapat pokok-pokok dan semak samun.





Jalan punya jalan punya jalan, sampai la ke tempat yang ditujui.

Taraaa...

Ni baru sampai kat depan kat tempat registration kaunter. Kena register nama, kena kira berapa bijik botol air yang bawak masuk. So that takde yang tinggal botol air kat air terjun nanti.









Set up tent untuk simpan barang-barang untuk BBQ.





Perjalanan ke air terjun pun bermula. Trek kat sini santai-santai je. Takde hardcore macam naik gunung. Rugi aku bawak hiking boot. Buat berat beg.




Untuk sampai ke air terjun, kena merentasi 4 -5 anak sungai. Kedalam anak sungai tu paling maximum level pinggul, untuk ketinggian aku yang 157cm.




   


  
    
 

 


Sampai kat air terjun ni, kitorang lepak-lepak, main dengan ikan, tengok orang terjun tiruk level atlet Olimpik, main air puas-puas sampai kecut.

Ikan-ikan kat sini sangat jinak ok. Jinak-jinak ikan gitu. Nak tangkap memang tak dapat lah. 

Untuk pengetahuan anda, anda dilarang sama sekali untuk menangkap ikan-ikan kat sini. Karang kena denda. Bukan sikit-sikit kena denda ye. Nak bayar denda speed trap pon dah gigil-gigil poket kan. Denda tangkap ikan kat sini lagi mahal wokeehhhh. Ribu riban.

Ok. Berbalik kepada trip kali ini, lepas puas lepak kat air terjun, kitorang turun ke base camp untuk BBQ ayam & kambing. 

Power gile pekena kambing bakar sambil main air yang sejuk.




 
  
 
  
 Then sambung mandi lagi, sambung makan, sambung mandi dan seterusnya.


 Aku surrender awal. Tak tahan sejuk. Jadi pemerhati di tepi ajorkkksss.



OK. Lepas puas mandi-mandi, kitorang start mengemas. Langit pun dah gelap, ada tanda-tanda hujan nak turun.

Oh, lagi satu, kat sini ada disediakan tempat salin baju, tempat mandi, dan surau. Tapi jangan expect 5 stars punya ye. Pandai-pandai la nak hidup.





  


Stop bergambar lagi. Time ni tak semua yang stop bergambar. So ada yang takde dalam frame.



OK.

Kemudian singgah makan-makan di restoran di Kuala Kubu Bharu sebelum masing-masing bersurai pulang ke rumah.

Setakat itu trip ke Sungai Chiling.

Thanks for reading.

END.

 "Sesungguhnya pada kejadian semua langit dan bumi dan perubahan malam dan siang d an kapal yang berlayar di lautan membawa barang yang bermanfaat bagi manusia, dan apa yang diturunkan Allah dari langit dari ada air, maka dihidupkanNya dengan (air) itu bumi, sesudah matinya , seraya disebarkanNya padanya dari tiap-tiap jenis binatang, dan peredaran angin, dan awan yang diperintah di antara langit dan bumi; adalah semua­nya itu tanda-tanda bagi kaum yang berakal."

(surah al-Baqarah Ayat 164)
















No comments:

Post a Comment