Friday, 11 September 2015

Ekspedisi Mendaki Gunung Berembun, Cameron Highland

Assalamualaikum...
Post kali ini aku nak bercerita tentang Ekspedisi ke Gunung Berembun, Cameron Highland.
Ekspedisi ini berlaku pada 15, 16 dan 17 May 2015 yang lalu. Sebelum tu ingin aku bercerita serba sedikit tentang Gunung Berembun nie.

Lokasi: Hutan Lipur Sg. Pauh, Cameron Highlands
Ketinggian: 6,036 ft / 1,840 m 
Jenis trek: Akar kayu, tanah yang diselaputi daun-daun kering
Tahap kesukaran: 2.5 dari 5.

Hari pertama (15 May 2015)

- Berkumpul di depan Minco pada pukul 10 malam. Tapi aku lewat 45min sebab tertidur punya pasal. terjaga dari tidur pukul 9.45malam. Kelam kabut bangun. Dah la makan belum, solat belum, baju & barang-barang satu benda pun belum packing. Maaf semua. Sampai je depan office (tempat berkumpul) semua orang dah siap sedia. Hehehe. Selesai semua pindah barang-barang masuk dalam bonet kereta, kami pun bergerak sekitar pukul 11 malam.

- Sepanjang perjalanan dari PJ ke Simpang Pulai aku yang drive. Waktu ni kurang yakin nak bagi co-driver drive. Aku cerewet sikit dengan cara orang lain drive kereta aku. Tapi lepas R&R Simpang Pulai, dah nak start mendaki naik Cameron, aku bagi co-driver aku drive. OK r. Aku berpuas hati. Lepas ni boleh drive lagi.

Hari kedua (16 May 2015)

- OK. berbalik kepada cerita tadi, kitorang sampai di Cameron sekitar pukul 4.00 pagi. Singgah berehat sekejap di Masjid.... (tak ingat nama masjid) Hehehe. Tidur dalam kereta sampai lah orang azan Subuh. Lepas solat Subuh, aku mandi. Perghh sejuk tahap nak cramp kepala. Aku memang jenis kena mandi selepas bangun pagi, so sejuk tak sejuk, aku blasah je.


- Then, bertolak ke Camp Site Sg. Pauh, tempat dimana kami aku tido malam nanti. Masa sampai, campsite dah penuh dengan group lain, Kami terpaksa pacak khemah kat tepi-tepi je. Kesian. Ada dua khemah (khemah aku, Kak Ita, Qila and Gina & khemah Ujang & cik Man) kena pacak kat atas sikit. OK la tu. Lepas tu pergi makan nasi lemak berdekatan dengan ladang strawberry. Dekat jugak dengan Camp site kami. Sedap baq hang nasik lemak tu ditambah pulak dengan lapar tahap gajah punya.

Makcik, nasik lemak makcik sedap sangat tau. Rasa macam nak mintak tambah.

Nasik lemak + Teh O

Ni je la yang kami mampu dapat

Khemah group lain


Tengah nak pasang khemah


- Selesai pasang khemah, kami berkemas-kemas untuk mendaki. Waktu ni takut jugak lah, baru lepas makan nasik lemak then terus mendaki, kang teruwekkk masa tengah hiking, sapa yang susah. Tapi nasib baik okay.

Taklimat sebelum start mendaki

Abang Pejai & Abang G-man


Ni nak stretching sikit.







Perempuan ni antara yang terawal sampai peak. Power gile. Siap boleh lari-lari (Poyo sikit)


Group photo time!

 More group photo!







Nak buat Pull Up tapi tak cukup power



Turun dari Gunung Berembun, keluar ikut MARDI AGro Technology Park. 

Then, balik campsite. Lunch. Tido kejap, Malam pergi pasar malam Brinchang. Buat BBQ. Main gitar. Nyanyi sampai tertido. Tido dalam Hammock kt luar. Sejuk tahap nak kejang. Bangun pagi sakit belakang.

Hari Ketiga (17 May 2015) - Last Day

Bangun pagi esoknya, ready for breakfast. Mee goreng and roti bakar and roasted marshmallow.

Abang G-Man





View kat campsite Sg. Pauh

Lepas selesai breakfast, kemas tapak khemah, gerak ke Gunung Brinchang by Car. Tak panjat-panjat dah. Letih.

Jalan kaki naik puncak Brinchang.
View dari menara tinjau Gunung Brinchang







Kaki Gunung Irau. Second time here.






Stop kejap kat ladang teh. Bergambar. 

Tapi waktu ni aku dah lemau. Nak demam, terkejut sebab tido atas hammock & sejuk. Pwincess sangat, Cinderella.

Masa nak turun dari atas kaki gunungtu, ada berlaku sikit tragedi. Pergeseran antara kereta kawan aku, dengan kereta orang yang nak naik atas. 

Diorang terpaksa naik balik kejar kereta tu. Yang lain-lain tunggu kat tepi ladang teh ni.

Kalau nak drive sini, kena berhati-hati. Jalan sempit, bengkang-bengkok and gaung kat tepi.

Kena betul-betul cekap driving. Kalu macam aku, memang tolak awal-awal lah. Mati anak orang kang.

OK.

After that, turun bawah. Shopping buah-buah, bunga, jagung etc. Aku tengok je. Biasa la orang bujang. Beli banyak-banyak pun sapa nak makan kan. Buah ada orang potong baru makan. Bunga...alamat mati kering tak bersiram. He he he. (Teringin nak tanam bunga jugak actually). Tunggu dah kawin nanti la.

Melalut pulak.

Last sekali kitorang gerak balik KL.

Berpisah dengan carpool mate.

Till we meet again next time.

"Sehari bersama, seabad terasa"








No comments:

Post a Comment