Thursday, 5 March 2015

Trip ke Korea 2014 (Day 3)

Dah masuk hari ketiga. Kitorang pergi Namsan Tower. Alaaa, yang tempat famous tu. Banyak padlock tu... Sapa nak kunci hati dia kat Namsan Tower boleh la.

Pagi-pagi bersemangat bangun tau.. After breakfast, kitorang gerak naik bas ke Namsan Tower.


Excited naik bas. Kalau kat KL takdenye nak excited naik bas. Hihihi.




Bas drop kat bawah je. Nak pergi Namsan Tower kena la menapak sikit. Tapi dont worry, tak jauh mana pun. Tak sempat nak pancit.














Banyak gila padlock yg orang gantung kat situ. Memandangkan time tu aku tak de padlock, aku gantung je la keychain. ada jugak yg gantung phone cover. Actually kalau tak de padlock, boleh je beli kat situ. Aku ni kes kedekut nak beli.




View Seoul dari atas tower.

Ni dah kat bawah. Ramai budak-budak sekolah buat field trip.

Lepas balik dari Namsan Tower, kitorang pergi Itaewon. Kat Itaewon ni banyak kedai Muslim. 

View street kat Korea. Memandangkan kitorang banyak jalan kaki, so dapat tengok la street diorang macam mana, kedai orang Korea macam mana.

 Street kat sana bersih je. Tak jumpa sampah pun. Kalau ada pun daun kering yang gugur dari atas pokok je.

Stop lunch kat Mr. Kebab. Kedai orang Arab Muslim.


View dalam kedai. Kemas dan bersih.


 
Street kat Itaewon

Stop sembahyang Jamak Zohor & Asar kat Masjid kat Itaewon.

Nampak tak mamat kat tangga paling atas. Pakai blazer colour hitam and baju colour putih. Dalam masjid nampak dia bersandar kat dinding sambil peluk al-Quran. Aku terus melting. Jatuh hati. tak pernah nampak lelaki buat macam tu lagi. Jatuh cinta di Korea. Hihi. Dia muallaf kot sebab ada orang ajar dia ambil wudhuk. Dari jauh muka macam Korea. Macam Chinese pun ada, Macam Arab ada. Entah la.

Suasana malam. Ada jual baju-baju. Lebih kurang pasar malam la. Tapi pasar malam kita kat Malaysia lagi meriah.

After that, dinner time. Sedap jugak. Tukang masak tu masak depan kitorang. Macam tomyam je sekali pandang. Rasa je lain.


Side dishes




Ini Pat Bingsu. Macam ABC kita la. Boleh tahan la rasa dia. Yang pasti ABC Malaysia lagi sedap.


 Ni perasa limau.

Ini perasa kacang merah

Lepas makan kitorang balik bilik, tido. Setakat tu je lah untuk hari ketiga di Korea. Bersambung lagi.

Peace.

Salam.

Saranghanda.




No comments:

Post a Comment