Wednesday, 4 March 2015

Trip ke Korea 2014 (Day 2)

Hai bertemu kita sekali lagi dalam post Trip ke Korea (bunyi macam pengacara TV dah). Hari kedua kitorang ke......NAMI ISLAND!!!!... Yayyyyy...

 Kitorang naik train turun kat Gapyeong.


Inilah tiket train ke Gapyeong. 

View dari atas train. Diorang pun ada bendang jugak tapi tak seluas bendang kat Kedah nunnn..
(Bendang = sawah)

Dah sampai stesen Gapyeong, kitorang naik teksi utk ke jeti feri. 



View kat jetty feri. Ramai sangat pelancong actually. 



View dari atas ferry nak ke Nami Island.

Ramai betul orang Korea sendiri yg datang sini. Aiyyaaa, bagi la chance kitorang yg datang dari jauh ni. 


Akhirnya kitorang mendarat di Nami Island. Perjalanan naik feri dari mainland to Nami Island memakan masa lebih kurang 10 minit cenggitu je, Kejap je.

Welcome to Nami Island

 See. Ramai betul orang Korea datang sini. Yang beg merah tu .... sapa ye?.. hihihi.

So, dekat Nami Island ni kitorang pusing-pusing jalan-jalan, naik basikal. Best sangat tau. Rasa nak berkampung kat sini. 

Tak nak bercerita banyak, korang layan je la view kat Nami Island kat bawah ni.















Kayuh basikal kat sana memang best ditambah pulak dengan cuaca yang sejuk. Aku dah tak ingat berapa harga sewa tapi berbaloi la. Masa nak sewa, korang kena tinggalkan IC korang kat kaunter. Kang jd kes bawak balik basikal pulak kannnnssss...


Habis dah gambar view pokok-pokok kt Nami. Actually banyak lagi gambar tapi tak tau nak upload yang mana sebab banyak sgt. Hihiihi. (tak nak ngaku malas upload)

Dekat Nami ni kitorang makan kat satu kedai tu. Kedai tu serve nasi goncang. Dengar nama pun lain macam kan.


Nasi dalam bekas tin. Kena goncang sebelum makan. Alah, gaul la kirenye.

Bekas tu panas. Kena pakai sarung tangan la. Kang melecur, jatuh saham.


Ni nasiknye lepas goncang. Nasi + tuna + telur. Sedap makan panas-panas. Kalu dah sejuk macam tak lalu je nak telan. 

Dah balik dari Nami Island, pegilah dinner kat....ermmmm... tak ingat nama tempat. Nama tempat kat Korea susah la nak ingat.



Macam steamboat. Semua campak-campak dalam periuk. Ada Ttoekbokki biasa. Ada ttoekbokki cheese, mee, mushroom. Sedap jugak la tapi makan banyak-banyak jadi muak.



Street kat kedai makan.

OK lah. setakat tu je untuk Day 2 in Korea. Bersambung ke Day 3 in Korea. 

Layan lah last picture with Love. Hihi.

I Love You.

Saranghanda

(From Korea with Love)









No comments:

Post a Comment